• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kampung Kacang Putih Buntong Akan Jadi Ikon Perak

oleh Cj Mnh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kampung Kacang Putih Buntong di sini akan menjadi satu daripada ikon pelancongan Perak kerana lokasi perusahaan pembuatan makanan kudapan itu telah mengangkat nama negeri hingga ke peringkat antarabangsa.

Bagi menghargai jasa Persatuan Kacang Putih Buntong, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing berkata kerajaan negeri akan membina satu pintu gerbang di kampung itu.

“Kita akan mulakan sebut harga yang dilakukan Majlis Bandaraya Ipoh bulan ini dan dijangka pintu gerbang yang dibina melibatkan kos RM50,000 itu akan siap dalam tempoh enam bulan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pintu gerbang Kampung Kacang Putih Buntong di sini hari ini.

Tan berkata pengusaha kacang putih disaran membenarkan pelancong datang ke kampung itu bagi merasai pengalaman sendiri menyediakan kacang putih.

“Trend sekarang pelancong bukan sekadar nak melihat kawasan atau membeli-belah tetapi mereka ingin merasai pengalaman membuat sendiri kacang putih, jadi bagi saya ini akan memberi banyak faedah kepada industri itu sendiri,” katanya.

Menurut Tan, hanya 16 pengusaha daripada 139 anggota Persatuan Kacang Putih Buntong yang membenarkan pelancong melihat proses pembuatan makanan ringan itu.

Kampung Kacang Putih terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan luar dengan perusahaan turun-temurun makanan tradisi itu sejak 30 tahun lepas.

Selain kacang putih, kudapan lain yang dihasil dan dijual di kampung itu ialah pelbagai jenis muruku antaranya bintang, kari, pakoda, omom dan kadalai serta daripada jenis kekacang seperti kacang kari dan kacang peas serta pelbagai jenis kerepek seperti ubi kayu, pisang dan sayur.

Dalam perkembangan berkaitan, Tan berkata kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta bagi mewujudkan sebuah laman sesawang bagi mempromosikan produk pelancongan di negeri itu.

“Syarikat itu menawarkan solusi dari segi teknikal untuk membantu penggiat pelancongan mempromosikan tempat pelancongan atau produk mereka secara percuma dan antara perkhidmatan yang dilakukan adalah video pendek, gambar dan skrip,” katanya.

Katanya, semua pengusaha dan penggiat pelancongan di Perak perlu menggunakan medium berkenaan bagi mempromosikan produk mereka. – BERNAMA

Tags: IKONKampung Kacang Putih Buntong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKM Sahkan 2 Maut Akibat Laksa Di Baling

Next Post

Bapa Saudara Didakwa Sumbat Anak Buah Ke Mesin Dobi Layan Diri

Related Posts

Selebriti Ikon Banteras Dadah

21/06/2019
0

LAPAN selebriti yang juga ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dilantik sebagai ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi menyebarkan mesej...

Mo Salah Belum Layak Diangkat Sebagai Ikon

22/12/2018
0

BEKAS pemain bola sepak, Robbie Fowler menyifatkan Mo Salah belum lagi layak untuk diangkat sebagai ikon. Namun katanya, jika salah...

Next Post

Bapa Saudara Didakwa Sumbat Anak Buah Ke Mesin Dobi Layan Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd