• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Kejayaan Sebelum Paksa Saya Letak Jawatan – Mujahid

oleh
11/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa membidas pihak tertentu yang masih menggunakan isu serbuan khalwat untuk menyerangnya.

Katanya, ada antara mereka yang mengkritik cuba melakukan pembunuhan karakter dengan merendahkan kredibilitinya apabila berterusan menggunakan isu berkenaan walaupun ia tidak lagi relevan.

Beliau berkata, pengkritiknya perlu menilai kejayaannya sepanjang menerajui portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum menghambur kritikan tidak berasas, termasuk menggesanya meletak jawatan.

“Orang yang kata saya tidak layak (jadi menteri agama), dia hanya perlu buat sedikit kajian dan membaca apa yang sudah kita laksanakan daripada melihat berita yang tak betul pun.

“Macam mana anda buat penilaian berdasarkan berita yang tak betul dan anda minta saya bertindak letak jawatan.

“Saya tak nafikan, ada yang kritik itu bukan kerana agenda peribadi, tetapi ada kelompok yang cuba buat pembunuhan karakter dengan merendah dan menghina kita.

“Kupasan di media sosial ini, mereka lebih alim dan mungkin juga ramai calon menteri di luar sana,” katanya ketika temu bual dalam program Soal Rakyat yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, walaupun isu serbuan khalwat yang dibangkitkan mencetuskan polemik, ia juga membuka ruang untuk pelbagai pihak, khususnya penguatkuasa agama berbicara mengenai kelemahan operasi maksiat yang tidak dibicarakan sebelum ini.

Mengenai kejayaannya dalam tempoh 100 hari, Mujahid berkata, antaranya adalah mendapat pujian kerajaan Arab Saudi atas pelaksanaan program Kempen Kebersihan Perdana ketika menguruskan 37,200 jemaah haji Malaysia di Makkah dan Madinah baru-baru ini.

“Kejayaan lain termasuklah saya diberi penghargaan untuk menyampaikan ucaptama pada Festival Halal di Sarajevo baru-baru ini, selain Malaysia turut diberi peluang menyampaikan syarahan awam di Universiti Sarajevo.

“Saya juga berjaya mendamaikan perselisihan antara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. Dr. P Ramasamy dan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang ketegangan mereka berisiko terhadap masyarakat pelbagai agama di negara ini,” katanya.

Ditanya sama ada beliau serik untuk menyantuni masyarakat seperti golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual (LGBT) sebelum ini yang juga mencetuskan kontroversi, Mujahid berkata beliau tidak perlu rasa serik jika bertindak atas prinsip.

“Dalam konteks rahmatan lil alamin (rahmat seluruh alam), kita marah pada dosa, tapi tidak boleh kita marah pada pelaku dosa kerana mereka perlu ditegur dan diberi nasihat, bukan dimaki,” katanya. – BH Online

Tags: Mujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Manifesto Satu Tanggungjawab Kepada Pengundi – Rais

Next Post

Rebut Hadiah Menarik Peluang Terakhir Berzakat Di PPZ

Related Posts

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

22/07/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan...

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH

18/06/2020
0

SHAH ALAM - Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...

Next Post

Rebut Hadiah Menarik Peluang Terakhir Berzakat Di PPZ

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd