Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Kelongsong Peluru Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Polis menemukan lapan kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian kes...

UMNO Selangor Serah Senarai...

UMNO Selangor akan menyerahkan senarai nama calon 22 bahagian parti itu yang bakal...

Melaka Mengundi: PN Belum...

PETALING JAYA : Perikatan Nasional (PN) gagal memperoleh sebarang kerusi di Pilihan Raya...

Kontraktor ECRL Arah Staf...

PETALING JAYA - Kontraktor Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menasihati beberapa kakitangannya...

KAFA Kecewa Lesen Kebangsaan, AFC Ditolak

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kecewa dengan keputusan Badan Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengekalkan keputusan tidak meluluskan Lesen Kebangsaan dan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kepada persatuan itu.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata KAFA terkilan dengan tindakan diambil badan induk berkenaan walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh dengan keupayaan kewangan persatuan yang terhad demi kesinambungan bola sepak di Kelantan.

Beliau berkata ia disebabkan kelewatan mengemukakan interim serta berhadapan dengan tiga caj pembayaran kepada pemain seperti dilaporkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan Blazhe Ilijoski (RM25,140), Alfredo Gonzalez (RM225,940) dan Dramane Traore (RM332,000) manakala satu kes daripada FAM melibatkan jumlah RM95,845 yang perlu dibayar kepada Brendan Gan.

“Perkara seperti dinyatakan di atas telah diambil kira dalam proses rayuan dan ia menyebabkan rayuan kami bagi mendapatkan Lesen Kebangsaan dan AFC bagi musim depan, ditolak.

“Namun, kami terpaksa akur dan menghormati keputusan FAM serta memohon maaf kepada semua peminat bola sepak khususnya rakyat Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau, bagaimanapun berkata Kelantan akan terus beraksi pada musim depan sebagai sebuah pasukan Liga Perdana memandangkan lesen dipohon sebelum ini membabitkan kelulusan pasukan untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2019.

Sementara itu, KAFA dalam kenyataan yang dikepilkan bersama kenyataan Presidennya, berkata persatuan itu telah menjelaskan sejumlah RM2,600,555 sebagai bayaran tunggakan pada 2017 manakala RM678,925 belum dilangsaikan kepada empat pemain bagi mendapatkan kelulusan Lesen Liga Super. – BERNAMA

Kategori