• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruwang Diacu Pisau Di Langkawi

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang juruwang sebuah stesen minyak di Jalan Ayer Hangat di sini, melalui detik cemas apabila diacu pisau pada lehernya oleh seorang penyamun semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata seorang lelaki berusia 48 tahun menyerbu ke dalam premis sebelum mengacu pisau ke leher mangsa sambil mengarahkannya mengeluarkan wang dari mesin daftar tunai, jam 4.20 petang.

Beliau berkata, sejurus memperoleh wang, suspek bertindak melarikan diri tanpa mencederakan mangsa.

“Bagaimanapun, seorang anggota polis yang sedang mengisi minyak kenderaannya di stesen terbabit menyedari kejadian itu dan bertindak mengejar suspek sejauh 200 meter sebelum menahannya.

“Berikutan tangkapan itu polis merampas sebilah pisau dan wang tunai berjumlah RM600 yang dilarikan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suspek melakukan jenayah itu seorang diri dan tiada rakan lain.

“Polis sudah merakam percakapan pengadu, mangsa dan saksi berhubung kes. Suspek yang juga seorang penagih dadah turut memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes curi.

“Suspek kini direman dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: juruwangpenyamun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Israel Ugut Potong Bekalan Air Jordan

Next Post

Ronaldo ‘Malas’ Komen Krisis Real Madrid

Related Posts

Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun

Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun

17/09/2023
0

Kota Bharu : "Saya tidak menyangka pelanggan yang sebelum ini pernah datang ke kedai tergamak mencederakan tangan saya sehingga hampir...

Penyamun Berparang Samun 8 Sekeluarga

24/07/2019
0

KUALA LANGAT - Lapan ahli keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki tiga penyamun bertopeng yang bersenjatakan parang dalam...

Next Post

Ronaldo 'Malas' Komen Krisis Real Madrid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd