• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPA Diarah Bantu Urusan Pencen 6 Anggota Bomba Lemas

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dolah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.

“Saya bagi pihak perkhidmatan awam ingin merakamkan takziah kepada keluarga enam anggota bomba yang dalam kerja-kerja menyelamat telah terkorban. Inilah yang saya katakan betapa tingginya pengorbanan kita (penjawat awam) dalam menyelamatkan orang awam.

“Ini merupakan satu tragedi kepada kita dan kita doakan semoga keenam-enam mereka ini ditempatkan di tempat yang tinggi di sisiNya, semoga keluarga dapat tabah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama Penjawat Awam Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membantu keluarga dalam menyelesaikan beberapa urusan berkaitan termasuk urusan pencen bagi kesemua anggota yang terkorban.

“Pengorbanan kita sebagai penjawat awam ini ada di mana-mana dan risikonya tetap ada kita harapkan semoga mereka dilindungi,” katanya.

Enam penyelam PPDA JBPM lemas ketika melakukan operasi SAR seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam tadi.

Kesemua jenazah mangsa disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi ini dan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan. – BERNAMA

Tags: JPAPencen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

06/08/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan kajian had umur persaraan wajib untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua. Ketua Setiausaha Negara, Tan...

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd