KUALA LUMPUR – Juara dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo daripada Pasukan Ducati berkata beliau bersedia untuk beraksi di perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia selepas menjalani pembedahan pada pergelangan tangan kirinya.
Pelumba Sepanyol itu hadir pada sesi bertemu peminat di Pavilion Kuala Lumpur, dan kelihatan pergelangan tangan kirinya berbalut.
“Saya percaya saya cergas untuk berlumba hujung minggu ini. Saya rasa mampu untuk mendapatkan tunggangan yang baik dan hebat selepas ini. Saya berharap semuanya berada dalam keadaan sempurna.
Semalam, saya cuba buka balutan dan saya rasa lebih baik. Saya rasa saya boleh menunggang kembali, katanya selepas sesi bersama peminat selama satu jam, di sini hari ini.
Sebagai rekod, Lorenzo, 31, kemalangan dalam sesi latihan di Grand Prix Motosikal Thailand berikutan masalah teknikal.
Beliau menarik diri daripada Grand Prix Motosikal Australia selepas menarik diri daripada perlumbaan di Thailand dan Jepun. – BERNAMA