• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Peruntuk RM20 Juta Wujud Dana Bencana Khas

oleh
27/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri mewujudkan Dana Bencana Khas dengan peruntukan RM20 juta bagi menyalurkan bantuan kewangan dalam menghadapi bencana alam di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata dana berkenaan akan digunakan sebagai langkah kontingensi (alternatif) sekiranya peruntukan kewangan dari pelbagai jabatan mengambil masa atau tidak mencukupi.

“Bajet khas ini untuk hadapi malapetaka seperti banjir sebab kita tidak tahu kalau terjadinya tanah runtuh, dan jambatan runtuh. Hendak tunggu peruntukan dari jabatan, kadang-kadang lambat dan tidak mencukupi, jadi, boleh guna dana ini sebagai amanah untuk dibelanjakan,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Karnival Jom Heboh, di sini hari ini.

Osman berkata selain dana berkenaan, pelaksanaan sistem kumbahan berpusat akan dilakukan oleh syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, Perbadanan Darul Takzim (PDT) bagi mengelakkan kekotoran sungai yang boleh menyumbang kepada bencana alam.

“Kita menitik beratkan beberapa sungai seperti Sungai Segget, Sungai Pandan dan Sungai Skudai di bandar raya ini yang kotor sebab tiada sistem kumbahan berpusat seperti yang dilakukan oleh Indah Water Konsortium (IWK), jadi najis disalur terus ke sungai,” katanya. – BERNAMA

Tags: bencana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ais Mencair, Dunia Berdepan Bencana ‘Dahsyat’

Ais Mencair, Dunia Berdepan Bencana ‘Dahsyat’

26/11/2023
0

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk global bakal berdepan bencana ‘dahsyat’ akibat daripada lapisan ais yang mencair di...

Belanjawan 2023: RM220 Juta Untuk Persiapan Menghadapi Bencana

Belanjawan 2023: RM220 Juta Untuk Persiapan Menghadapi Bencana

24/02/2023
0

PETALING JAYA: Belanjawan 2023 memperuntukkan RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memenuhi keperluan aset, sistem amaran dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd