• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Muhammad Hifdzul, Izatul Akma Selamat Disemadi

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Jenazah dua anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari negeri ini yang terkorban dalam tragedi di sebuah bekas lombong di Puchong, Selangor malam tadi selamat dikebumikan di kampung masing-masing.

Jenazah Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Terap di sini selepas tiba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam pada 4.13 petang.

Solat jenazah yang berlangsung di rumah keluarganya diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum dikebumikan pada 5.20 petang.

Antara yang hadir ialah Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood.

Sementara itu, jenazah Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lobok Setol, Rantau Panjang di sini pada 7 malam tadi.

Anggota bomba bersama penduduk setempat menguruskan jenazah Izatul Akma untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Lubu Setol malam ini. – Foto Bernama

Jenazah Allahyarham tiba di kediaman keluarganya pada 6 petang untuk solat jenazah yang turut diimamkan oleh Ahmad.

Kira-kira 500 anggota keluarga, penduduk kampung dan rakan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan tersebut.

Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik dan Izatul Akma adalah antara enam anggota PPDA yang terkorban dalam tragedi itu.

Dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, enam anggota PPDA berkenaan dilaporkan baru sahaja lima minit berada dalam air bagi menjejaki seorang remaja berusia 17 tahun, yang dilaporkan terjatuh ke lombong itu pada 5 petang semalam, sebelum mereka dilanda arus deras yang menyebabkan kesemua mereka terbelit tali keselamatan yang dipasang di antara satu sama lain, mengakibatkan mereka lemas.

Sementara itu, Ahmad mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan JBPM.

“Semoga Allah menerima segala jasa dan pengorbanan mereka sebagai amalan soleh di sisi-Nya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd