• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Eksekutif Ditubuh Nilai Operasi Lynas Di Gebeng, Pahang

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang ditubuhkan untuk memastikan Malaysia tidak menjadi tempat pembuangan bahan tercemar oleh syarikat dari negara lain.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata Kabinet pada 10 Oktober lepas memutuskan supaya anggota jawatankuasa itu terdiri daripada mereka yang tidak menyatakan pendirian secara terbuka, sama ada untuk menyokong atau membantah operasi Lynas sebelum ini.

“Ini bagi mengelakkan mana-mana pihak mempersoal kredibiliti jawatankuasa ini disebabkan pendirian ahli-ahlinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kementerian telah meneliti keanggotaan jawatankuasa itu dan berpandangan semua calon mempunyai kepakaran di bidang yang berkenaan iaitu pengurusan alam sekitar, kesihatan awam dan keselamatan sinaran radioaktif.

Katanya enam ahli ​​​​​​ telah dilantik untuk menganggotai jawatankuasa berkenaan, iaitu Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar; Profesor Pelawat United Nations University – International Institute for Global Health Prof Dr Jamal Hisham Hashim dan Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Maketab Mohamed.

Turut menyertai jawantankuasa tersebut adalah Prof Madya Dr Anita Abdul Rahman dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan,Universiti Putra Malaysia; Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Alam, Universiti Malaysia Pahang Prof Madya Dr Muzamir Hasan dan bekas Pengarah Bahagian Udara dan Bahan Merbahaya Jabatan Alam Sekitar Malaysia Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Yeo berkata jawatankuasa eksekutif itu bertanggungjawab menjalankan penilaian secara objektif, telus dan terbuka demi kepentingan semua pihak, di mana prosiding jawatankuasa itu turut dibuka kepada orang awam sebagai pemerhati.

“Objektif penubuhan Jawatankuasa Eksekutif ini adalah untuk menilai operasi LAMP termasuk aspek keselamatan, kesihatan serta alam sekitar.

“Penilaian juga dibuat terhadap lanjutan tempoh masa untuk penstoran buangan terjadual, selaras dengan Peraturan 9, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005,”katanya.

Yeo berkata jawatankuasa itu diberi tempoh masa enam minggu untuk menjalankan penilaian dan memberikan satu laporan beserta syor kepada kerajaan. –BERNAMA

Tags: Jawatankuasa EksekutifLynas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Controversial Lynas REE Issue To Be Raised In Parliament This June – Wong Chen

Controversial Lynas REE Issue To Be Raised In Parliament This June – Wong Chen

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR: The controversial issue involving Lynas Rare Earths and Malaysia’s rare earth elements (REE) industry is expected to be...

The Lynas Issue Should Be Discussed In Parliament

The Lynas Issue Should Be Discussed In Parliament

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR: Allegations regarding an agreement involving Lynas Malaysia Sdn. Bhd., which is said to supply rare earth oxides to...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd