• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaringan Kilat Sumareh Bantu Harimau Malaya Benam Sri Lanka 4-1

oleh
13/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua gol dalam tempoh lima minit oleh penyerang naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh, berjaya membantu skuad Harimau Malaya menewaskan Sri Lanka 4-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Colombo, malam tadi.

Pada perlawanan di Stadium Sugathadasa itu, Malaysia terpaksa memulakan cabaran dengan rasa tertekan apabila pasukan tuan rumah memperagakan aksi memberangsangkan sehingga mampu menjaringkan gol pembukaan menerusi Asela Madushah pada minit ke-29.

Biarpun Sri Lanka dianggap bukan tandingan namun berjaya memberi tekanan sejak awal permainan serta berjaya mempertahankan kedudukan pendahulu sehingga separuh masa pertama.

Pada babak kedua, jurulatih negara, Tan Cheng Hoe melakukan rombakan dengan menurunkan Sumareh dan keputusan itu ternyata memberi impak dalam rentak gerakan barisan penyerang negara.

Pemain import Pahang berasal dari Gambia itu tidak mengambil masa lama untuk membuktikan kemampuannya apabila memainkan peranan dalam gerakan gol penyamaan negara yang dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-65.

Pemain pertahanan negara, Adam Nor Azlin kemudian menceriakan kem negara pada minit ke-76 menerusi jaringan kedua setelah bijak mencari ruang untuk menanduk bola sepakan penjuru untuk membantu Malaysia mendahului buat kali pertama dalam perlawanan itu.

Menghampiri masa penuh, Sumareh akhirnya mempamerkan ‘taring’ sebenar menerusi jaringan dua gol dalam tempoh lima minit iaitu pada minit ke-85 dan 90, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya skuad ‘Harimau Malaya’ ke atas pasukan di ranking ke-199 dunia itu.

Malaysia, yang menghuni ranking ke-171 dunia, dijadual bertemu Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, Melaka, Selasa ini dan diikuti satu lagi aksi persahabatan menentang Maldives pada 3 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan persahabatan tersebut adalah sebagai persediaan sebelum memulakan kempen Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 mementang Kemboja pada 8 Nov ini. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd