• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janji Manifesto Akan Ditunaikan – Muhyiddin

oleh
12/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan lari daripada menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Dalam Negeri itu, yang membuat penampilan sulungnya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di sini, malam ini, berkata kerajaan PH memiliki mandat berbaki empat tahun lebih untuk melaksanakannya.

“Saya amat yakin di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan yang lain ia dapat dilaksanakan. Sebahagian besar agenda yang penting akan dilaksanakan.

“Walau tak 100 peratus tetapi yang penting akan kita laksanakan… tetapi rakyat kenalah sabar sikit,” katanya dalam ucapan pada majlis ramah mesra bersama penduduk Bagan Pinang, dekat sini.

Turut hadir, Ketua Badan Pimpinan PPBM Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan PPBM Negeri Sembilan, Eddin Syazlee Shith, yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Muhyiddin, yang mengakui pertama kali berada di luar Kuala Lumpur selepas selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas di Singapura, 12 Julai lepas, berkata kehadirannya itu adalah bukti sokongan padunya kepada Anwar, calon PH pada PRK itu, Sabtu ini

Terdahulu, Muhyiddin menyertai 200 jemaah menunaikan solat maghrib dan disusuli majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Qariah Bagan Pinang, dekat sini.

Beliau kemudian menyertai solat hajat yang diadakan di masjid tersebut selepas solat Isyak, yang diadakan bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.

Anwar yang tiba pada jam 8.20 malam di masjid berkenaan bagaimanapun tidak menyertai mereka kerana perlu bergegas ke program lain.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru membabitkan Anwar, calon PAS. Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Parlimen Port Dickson mempunyai 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan dua peratus lain-lain kaum. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keracunan Laksa: KKM Sahkan 19 Kes Baharu

Next Post

Srikandi PPBM Melaka Terima 1,000 Ahli Baharu

Related Posts

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Next Post

Srikandi PPBM Melaka Terima 1,000 Ahli Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd