• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Suka Buat Spekulasi’

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar menepis spekulasi rumah tangganya sedang bergolak, malah mengakui hubungannya dengan suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharum masih utuh.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar, 33, berkata, mereka baru saja pulang dari makan angin beberapa minggu lalu dan kehairanan bagaimana gosip keretakan rumah tangganya menular.

“Hubungan kami masih utuh, janganlah membuat spekulasi mengenai kehidupan orang lain tanpa terlebih dahulu mendapatkan kesahihannya. Hormati privasi kami.

“Siapa yang tidak terkejut tiba-tiba keluar cerita rumah tangga retak, bergolak dan sebagainya. Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik sahaja,” katanya.

Spekulasi rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan apabila Lufya, baru-baru ini memadam gambar dia bersama suaminya di laman sosial.

Lufya berkata, dia pelik dengan segelintir pihak yang suka membuat andaian hanya berdasarkan gambar yang dimuat naik di media sosial.

“Apabila selalu memuat naik gambar bersama, saya dikatakan suka menunjuk-nunjuk kebahagiaan, tetapi apabila tiada gambar berdua, lain pula cerita.

“Pemikiran seperti itu perlu dibuang jauh. Tambahan pula, pada akhir zaman apabila fitnah berleluasa. Jangan suka menghukum atau membuat andaian sendiri hanya dengan menilai menerusi gambar di media sosial,” tegasnya.

Lufya dan Hafiz, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia 11 bulan. – BH Online

Tags: Lufya OmarSPEKULASI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

Zara Didakwa Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Satu Spekulasi – Peguam

Zara Didakwa Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Satu Spekulasi – Peguam

06/08/2025
0

Kuala Lumpur: Peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan video seorang wanita yang mendakwa pelajar berusia 13 tahun itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd