• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Risau Fenomena Kerang Di Pulau Ketam

oleh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Orang ramai terutama golongan nelayan yang menetap di perkampungan Pulau Ketam di Selangor dinasihatkan agar tidak panik dengan gambar ataupun maklumat yang diviralkan mengenai kemunculan beribu-ribu kerang di pulau itu yang dikaitkan sebagai petanda awal bencana alam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani menjelaskan fenomena seumpama itu akan berlaku setiap kali air pasang mula menjadi surut di kawasan berpasir seperti pulau nelayan itu.

“Fenomena kerang timbul di Pulau Ketam yang merupakan kawasan penternakan kerang merupakan perkara biasa setiap kali menjelang kejadian air pasang besar.

“Kerang itu kelihatan seolah-olah muncul di permukaan kawasan berpasir Pulau Ketam sebab air pasang mula surut lebih rendah dari keadaan biasa yang boleh mencecah sehingga paras 0.6 meter pada satu-satu masa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Samsol Maarif mengulas mengenai gambar dan maklumat yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seolah-olah kemunculan beribu-ribu kerang spesies lokan dan lala di pulau itu yang dikaitkan dengan petanda awal bencana alam.

Sebelum ini, sebuah portal, MalaysiaGazette yang memetik laporan media sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan fenomena kerang keluar daripada tanah dengan banyaknya sehingga kawasan berpasir Pulau Ketam dipenuhi haiwan laut itu berlaku Ahad lepas. – BERNAMA

Tags: Bombakerang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd