Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Lelaki Dipenjara 45 Tahun...

IPOH - Belum tamat menjalani hukuman penjara, seorang banduan hari ini menerima nasib...

PRK Tanjung Piai: Calon...

PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng antara...

PAS Kata Tiada Jasa...

TUMPAT (Kelantan) - Parti PAS sebelum ini mengatakan dengan lantang bahawa tiada langsung...

Polis Kedah Terima 5...

ALOR SETAR - Polis Kedah hari ini menerima lima laporan daripada orang awam...

Jangan Cakap Pasal Ketuanan Melayu Jika Masih Jadi Kuli

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta orang Melayu supaya tidak meraih isu ketuanan Melayu jika sehingga kini masih lagi menjadi kuli.

Perdana Menteri berkata, jika hendak jadi tuan, seseorang Melayu perlu rajin, mempunyai ilmu, tidak menipu, jujur dan berbuat baik.

Malah Dr. Mahathir turut berpesan supaya orang Melayu tidak mencontohi sikap pemimpin-pemimpin yang tidak baik.

“Saya ingin beritahu kepada orang Melayu, jangan bercakap pasal ketuanan Melayu kalau masih jadi kuli orang.

“Kalau hendak jadi tuan, kena ada ilmu, rajin, tidak menipu orang, jujur, berbuat baik dan jangan contohi Perdana Menteri yang lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD di Menara MITI di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai.  – UTUSAN ONLINE

Kategori