• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Bergantung Kepada Insentif – Mahathir

oleh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, insentif dan subsidi adalah tidak baik bagi rakyat Malaysia dan malahan mereka kemungkinan boleh hilang keupayaan untuk berfikir satu hari nanti jika mereka bergantung kepada bantuan seumpama.

Perdana Menteri berkata, sikap bergantung kepada insentif adalah salah, lebih diburukkan lagi ia diamalkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Inilah yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Mereka beri wang kepada rakyat, anda tidak perlu bekerja. Tidak bekerja pun anda boleh dapat RM500.

“Jika rakyat Malaysia menjadi seperti ini, tidak lama lagi mereka tidak boleh berfikir, malah tidak mampu bergerak, tidak mampu berbuat sesuatu dengan sendiri kerana mereka akan selalu menunggu subsisi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Industri 4.0 Negara, yang juga dikenali sebagai Dasar Industri 4WRD, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, malah dalam forum perniagaan, pihak industri akan meminta insentif kerajaan.

“Bila kita cuba memberitahu rakyat untuk cari lebih wang, mereka bertanya kembali kepada saya sama ada saya akan memberi insentif yang lebih lagi,” katanya, dengan menjentik kepada mereka yang mempunyai kecenderungan ke arah ini.

Mengenai ketuanan Melayu, Dr Mahathir berkata, tidak ada gunanya bagi masyarakat itu sentiasa membangkitkan isu berkenaan tetapi mereka sendiri tidak berusaha untuk memperbaiki diri mereka sendiri.

“Saya bagi tahu kepada orang Melayu semua, tak guna cakap soal ketuanan Melayu kalau kamu kerja sebagai kuli orang.

“Kalau kita nak jadi tuan, kita boleh jadi tuan, tapi kena ada ilmu, nak rajin kerja, jangan tipu, jangan curi,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd