Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Mencari Generasi Muda Pewaris...

KUALA KANGSAR - Sebaik sahaja tiba di Inap Desa Kampung Labu Kubong (kira-kira...

Wanita Mangsa Samun Meninggal...

LUMUT - Seorang wanita yang cedera ditikam dalam kejadian disamun di sini pada...

Sindiket Guna Kereta ‘Lari’...

Kluang : Pihak berkuasa membongkar taktik sindiket penyeludupan rokok menggunakan kereta yang lari...

Bahasa Malaysia Ke-39 Terseksi...

KUALA LUMPUR – Bahasa Malaysia menduduki tangga ke-39 sebagai bahasa paling seksi di...

Jamie Oliver Kecam Iklan Makanan Ringan

CANNES – Cef selebriti terkenal, Jamie Oliver, mengecam ketuanya sendiri hari ini dalam serangan luar biasa susulan tindakan mereka mempertahankan iklan makanan ringan di televisyen.

Cef kelahiran Britain itu, yang berkempen menentang minuman bergula dan standard makanan ‘tidak baik’ di sekolah, juga menyelar pihak berkuasa Olimpik dan FIFA, yang mengendalikan kejohanan bola sepak Piala Dunia, kerana mengambil kesempatan di atas kesihatan kanak-kanak.

“Kita berhadapan senario yang menyaksikan orang ramai berkata, ‘Kita tidak boleh menghasilkan drama tanpa menjual benda tidak bermanfaat kepada kanak-kanak’,” katanya kepada eksekutif televisyen yang berkumpul di Cannes, Perancis.

Beliau berkata, ketuanya sendiri di Channel 4 dan ITV di Britain ‘tidak mahu membuat peraturan menentang iklan makanan ringan’ kerana bimbang mengenai bajet.

Oliver, 43, yang nula terkenal menerusi siri ‘The Naked Chef’ dan buku masakan dua dekad lalu, memaksa ahli perundangan Britain menetapkan piawaian dalam hidangan di sekolah dan awal tahun ini mengenakan cukai ke atas industri minuman ringan.


“Apa lebih penting daripada anak kita?” soalnya, yang melancarkan kempen #AdEnough awal tahun ini menggesa iklan makanan ringan di televisyen dihadkan selepas jam 9.00 malam. — AFP/BH ONLINE

Kategori