• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalinan Kerjasama Dengan Negara Luar Taja Mahasiswa

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengadakan kerjasama dengan beberapa negara dalam usaha menaja pelajar cemerlang melanjutkan pengajian dalam bidang tertentu di luar negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini

Timbalan Menteri berkenaan, Teo Nie Ching berkata usaha itu dilakukan berikutan kekangan kewangan semasa negara untuk menaja mahasiswa melanjutkan pengajian.

Katanya, selain bergantung kepada peruntukan RM250 juta untuk penajaan biasiswa pelajar dari peringkat sijil ke Ijazah Doktor Falsafah (PhD), kementerian mencari kaedah dengan menjalin kerjasama berkenaan bagi membantu pelajar cemerlang.

“Dalam lawatan kerja menteri (Dr Maszlee Malik) ke China, kita telah mendapat persetujuan tajaan daripada beberapa syarikat di negara itu untuk pelajar kita mengikuti latihan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di sana.

“Kita juga mendapat tajaan dari United Kingdom, Turki dan Jepun semasa lawatan kerja di sana. Saya juga ada bertemu dengan wakil kerajaan Ukraine dan mereka turut berhasrat memberi tajaan kepada pelajar negara kita untuk belajar di sana dalam bidang aeroangkasa dan maritim,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PAS-Jerai) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan dalam membantu mahasiswa mendapatkan penajaan selepas program MyBrain dihentikan tahun ini.

Teo percaya dengan kedudukan ekonomi negara yang lebih baik, kerajaan mampu meningkatkan penajaan kepada mahasiswa. – BERNAMA

Tags: mahasiswanegara luar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

10/03/2024
0

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Permukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd