• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKOA Diharapkan Kekal Di Bawah KPLB

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kerajaan negeri Johor berharap Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dapat dikekalkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan bukannya dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti cadangan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dzulkefly Ahmad berkata pengekalan berkenaan sememangnya perlu dilakukan kerana kebanyakan kampung Orang Asli ini terletak di kawasan luar bandar sebagai mana kampung tradisional yang lain.

Katanya, apabila jabatan ini (JAKOA) masih dikenalkan di KPLB pelbagai urusan berkaitan masyarakat pribumi berkenaan lebih mudah dilaksanakan seperti bantuan tertentu serta peruntukan untuk pembangunan di kawasan kampung masing-masing.

“Saya berharap cadangan ini perlu dikaji semula, yang mana perkara yang berada di kawasan luar bandar serta agensi yang menguruskan pembangunan di kawasan berkenaan perlu berada di kemeterian yang berkaitan.

“Sebagai contohnya selain JAKOA, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan sebagainya yang melibatkan Orang Asli perlulah berada di KPLB,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata selepas Program Jom Bersama Rakyat di Pusat Latihan JAKOA, Kluang, yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negara Senator Orang Asli Malaysia Datuk Isa Ab Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) JAKOA Saiful Zahlan Muhamad Azmi.

Tambah Dzulkefly lagi, beliau juga berharap pihak kerajaan pusat akan dapat mengekalkan segala bentuk bantuan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli ini yang merangkumi pendidikan, pengangkutan percuma, wang saku dan juga lanjutan pengajian ke institut pengajian tinggi

Sementara itu, Dzulkefly berkata bagi pembangunan kawasan luar bandar, pihaknya juga telah merangka satu program yang dikenali sebagai Pelan Pembangunan Desa Johor 2023.

Katanya, dalam pelan yang dirancang itu sebanyak 674 kampung induk dan lebih 2,000 kampung rangkaian di negeri itu bakal mempunyai struktur pentadbiran yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Pada tahun berkenaan (2023), data berkaitan kampung berkenaan akan mampu diakses, mudah dikemas kini, sekaligus setiap pembangunan di kawasan luar bandar akan mampu dilaksana dengan lancar.

“Ia termasuklah berkaitan dengan soal kemudahan sesebuah kampung, yang sekarang ini kita tidak mempunyai rekod khusus berkaitan dengan projek pembangunan serta kemudahan yang telah dinaik taraf di kampung di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: JAKOAKPLB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPLB Akan Pastikan Waris Sultan Sulu Tidak Jadikan Aset MARA Inc Sasaran

KPLB Akan Pastikan Waris Sultan Sulu Tidak Jadikan Aset MARA Inc Sasaran

14/07/2022
0

Padang Terap : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius tindakan waris kesultanan Sulu menjadikan aset Malaysia di luar negara...

KPLB Tunggu Kelulusan MOF Naikkan Elaun Pembantu Tabika Kemas

KPLB Tunggu Kelulusan MOF Naikkan Elaun Pembantu Tabika Kemas

26/06/2022
0

KUALA NERUS - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF) untuk menaikkan elaun pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd