Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

ESSCom Laksana 651 Operasi...

TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merekodkan tangkapan 5,259 pendatang...

Lelaki Korea Mati Selepas...

Seoul: Masyarakat Korea memang terkenal kerana suka memakan benda eksotik. Antaranya, katak. Laporan terbaru...

Kaum India Semakin Susut...

SHAH ALAM - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mendesak Menteri...

Sanusi Dinasihat Guna Isu...

ALOR SETAR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md...

Jabatan Imigresen Serbu Kelab Malam Eksklusif Di Melaka

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) hari ini menggempur satu pusat hiburan eksklusif di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka yang menggaji pekerja asing yang disyaki menyalahgunakan pas serta tidak mempunyai permit atau dokumen yang sah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata dalam Operasi Mega 3.0 (OPS GEGAR), pihaknya mendapati aktiviti yang dikenal pasti dilakukan oleh wanita warga asing di premis tersebut ialah bekerja sebagai deejay, penari dan menjadi gadis kalung bunga.

“Warga asing terbabit didapati menerima tip bayaran antara RM50 sehingga RM2,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata turut dirampas semasa operasi adalah sejumlah wang sebanyak RM 6,775.

Beliau berkata dalam operasi tersebut seramai 240 orang telah diperiksa dan hasilnya seramai 38 wanita warga asing dan lima lelaki warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Mustafar berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Antara yang ditahan ialah seorang wanita warga Thailand yang bekerja sebagai deejay dan tiga orang penari wanita Korea Selatan manakala selebihnya dari pelbagai warganegara yang bekerja sebagai penari dan pelayan pelanggan,” katanya.


Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umbu Melaka.

Beliau berkata turut ditahan dua orang warga tempatan yang disyaki bekerja sebagai pengurus premis dan juruwang.

Sebanyak 33 Borang 29 (Saman Saksi) telah dikeluarkan ke atas pelanggan bagi membantu siasatan, katanya.

Mustafar berkata tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap pemilik premis dan majikan yang menggajikan warga asing tanpa dokumen sah serta dengan sengaja memberi perlindungan pada warga asing yang telah melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). – BERNAMA

*Video sekadar hiasan

Kategori