• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Ugut Potong Bekalan Air Jordan

oleh Haris
23/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI pertanian Israel mengancam akan memotong brkalan air dari Israel ke Jordan sebagai reaksi kepada hasrat Jordan menamatkan perjanjian pajakan tanah kepada Israel.

Uri Ariel membuat kenyataan itu semalam, selepas Amman menyatakan hasrat untuk tidak memperbaharui perjanjian yang memberikan Israel tanah pertanian yang luas itu, lapor akhbar The National.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen Channel 1 Israel, Ariel berkata bekalan air ke Jordan akan dikurangkan kepada hanya dua hari dalam seminggu sekiranya Jordan menamatkan perjanjian membenarkan Israel menggunakan tanah Jordan itu.

Dua kawasan di sempadan dua negara itu diberikan kepada Israel hasil perjanjian pada 1994 yang memulakan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Reaksi ini ialah yang paling keras daripada pihak Zionis Israel ekoran hasrat Jordan yang telah diumumkan oleh Raja Abdullah itu.

Tindakan menamatkan pajakan tanah itu semakin mendapat tentangan rakyat Jordan dan ini mendorong pemerintah Jordan membuat keputusan tidak melanjutkan perjanjian itu.

Kedua-dua Israel dan Jordan berkongsi sumber air Sungai Jordan dan sumber ini kekal menjadi isu panas antara kedua-dua negara dan pernah mencetuskan konflik.

Pada masa yang sama, Jordan dan Israel juga mempunyai perjanjian bekalan air termasuk proses menapis air laut untuk kegunaan harian. – Mynewshub.tv

Tags: IsraelJordan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd