• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Samad Dakwa Terima Bantuan MIC Berkempen Di PD

oleh
01/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Calon Bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad mendakwa beliau menerima bantuan dan sokongan daripada MIC dalam berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata terdapat beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu turun berkempen khususnya dalam mendekati pengundi kaum India di kawasan Parlimen tersebut.

“Ada kawan-kawan dalam kalangan pemimpin MIC di Port Dickson turun membantu saya mendekati pengundi India di sini, “ katanya pada sidang media di Kampung Bagan Pinang, di sini, hari ini.

Kawasan Pilihan Raya Parlimen Port Dickson mempunyai 75,212 pemilih berdaftar dengan 21.41 peratus terdiri daripada kaum India, Melayu (42.35%), Cina (33.81%) dan 2.43% terdiri daripada lain-lain kaum.

PRK itu pada 13 Okt ini akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), PAS dan lima calon Bebas.

PH diwakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 71, manakala calon PAS ialah Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazri Mokhtar, 57.

Sementara dua calon Bebas terdiri daripada Mohd Isa, 69 dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 33.

Tiga lagi calon Bebas lain ialah Stevie Chan Keng Leong, 51, Lau Seck Yen, 51, dan Kan Chee Yuen, 45.

PRK itu diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi pada 12 Sept lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi menewaskan calon BN dan PAS.

Pada 24 Sept lalu, BN sebulat suara memboikot PRK itu dengan tidak meletakkan calon kerana menyifatkan pertandingan berkenaan semata-mata memenuhi cita-cita politik individu dan cara pengosongan kerusi itu tidak demokratik. – BERNAMA

Tags: Isa SamadPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Korea Selatan Pasukan Terakhir Tempah Tiket Ke Piala Dunia B-17 2019

Next Post

“Saya Masih Seperti Dahulu,” Kata Dr Mahathir

Related Posts

Isa Samad Bayar Jaminan RM700,000, Fail Notis Rayuan

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang disabitkan atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta semalam...

Isa Samad Kena Penjara 6 Tahun, Denda RM15.45 Juta

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45...

Next Post

"Saya Masih Seperti Dahulu," Kata Dr Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd