• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPT Disaran Aktifkan Kembali Model UN Programme

oleh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan menyarankan agar semua universiti di negara ini mengaktifkan semula Model United Nations (UN) Programme dalam usaha menyediakan lebih ramai mahasiswa untuk terlibat dalam pelbagai program di peringkat antarabangsa.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun program itu telah lama wujud dan dilaksanakan oleh insitusi pengajian tinggi, namun ia perlu dilakukan dengan lebih proaktif dari semasa ke semasa bagi memastikan golongan ini mampu menjadi duta kecil yang mampu merapatkan lagi hubungan diplomasi antara Malaysia dengan negara lain.

“Satu daripada aspek dasar luar yang penting ialah ‘public diplomacy’ dan hubungan antara rakyat dengan rakyat. ‘Public diplomacy’ bermakna kita mempromosikan produk-produk ‘non political’ dan ‘non trading’ seperti bahasa, kesusasteraan, pendidikan, dan bantuan kemanusia.

“Ini merupakan perkara yang kita bawa bersama dalam mengukuhkan dasar luar negara kita kerana dasar luar tidak akan cukup dengan hanya politik dan ekonomi semata-mata, ia mesti diiringi dengan ‘public diplomacy’ dan ini melibatkan apa yang dipanggil ‘people to people cooperation’.

“Dalam hal ini mahasiswa sebenarnya telah memainkan peranan penting dengan pelbagai cara contohnya dalam misi kemanusiaan termasuk yang terbaharu di Lombok serta Palu Indonesia… oleh kerana itu baru-baru ini kabinet telah membuat ketetapan untuk tingkatkan lagi persediaan mahasiswa menerusi Model UN Programme ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Fiesta Makanan Antarabangsa di UMP Kampus Gambang di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor UMP Profesor Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim.

Katanya program itu boleh diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Bang-bangsa Bersatu Malaysia (UNAM) serta dua lagi kementerian lain iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan selain Kementerian Luar sendiri.

Sementara itu Daing berkata program yang diadakan pada hari ini memberi peluang kepada mahasiswa bertemu lebih dekat dengan Menteri Luar itu selain bertanyakan perkembangan semasa berkenaan dasar luar di bawah pemerintahan kerajaan baharu ini.

“Selain itu penganjuran Fiesta Makanan Antarabangsa yang turut diadakan ini pula adalah antara usaha untuk mempromosikan agenda antarabangsa dan menggalakkan intergrasi rakyat pelbagai negara di universiti ini memandangkan kita mempunyai seramai 1,000 mahasiswa antarabangsa termasuk dari Libya, Pakistan, Yaman dan Sudan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Saifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Kesan Tiga Saksi Bantu Perbicaraan Dan Siasatan

Next Post

Polis Tumpas Sindiket ‘Love Scam’ Antarabangsa Sasar Wanita Kesunyian

Related Posts

Kempen Perjuangan Isu Palestin Perlu Diperhebat

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Perjuangan Palestin benar-benar memerlukan satu kempen besar-besaran masyarakat global bagi menamatkan penderitaan penduduk di wilayah yang bergolak...

Rai Kepelbagaian Pendidikan Negara – Saifuddin

10/11/2018
0

KUANTAN - Rakyat di negara ini perlu meraikan kepelbagaian dari segala aspek termasuk pendidikan yang menjadi tunjang kepada masa hadapan...

Next Post

Polis Tumpas Sindiket 'Love Scam' Antarabangsa Sasar Wanita Kesunyian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd