• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Terima Bantuan Mencari & Menyelamat Ditawarkan Malaysia- NADMA

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan Indonesia telah menyatakan penghargaan dan bersetuju untuk menerima bantuan mencari dan menyelamat yang ditawarkan Malaysia untuk mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi dengan kadar segera, demikian menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini.

Menurut kenyataan itu, sehubungan itu Nadma akan bertanggungjawab menyelaras segala bentuk bantuan yang akan disalurkan Malaysia kepada Indonesia supaya dapat membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa serta meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat.

“Menerusi perbualan telefon awal hari ini di antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan wakil presiden Indonesia (Timbalan Presiden) Drs. H. Muhammad Jusuf Kalla, kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan mencari dan menyelamat melalui pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART), Nadma dan bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat,” menurutnya.

Menurut Nadma, Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) juga bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, MERCY Malaysia dan Islamic Relief Malaysia (IRM) juga telah menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan melalui rakan kerjasama mereka di Indonesia.

Dalam kejadian pada 5.02 petang (waktu Indonesia) pada 28 Sept lepas, gempa bumi bermagnitud 7.4 pada skala Richter menggoncang Sulawesi Tengah selain turut menyebabkan tsunami setinggi tiga meter di pantai Palu, Talise dan Donggala.

Nadma dan SMART sentiasa memantau kejadian ini melalui Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB), Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre) dan Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA), menurut kenyataan itu.

Menurut Nadma, pada masa ini kerajaan Indonesia telah menerima bantuan ASEAN menerusi penghantaran Pasukan Respons dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ERAT) ke kawasan terjejas bagi membuat penilaian awal keperluan mangsa.

“Dua ahli ERAT daripada Malaysia telah dihantar ke Sulawesi untuk menyertai pasukan ASEAN ERAT. Di samping itu, buat masa ini, Nadma sedang menguruskan koordinasi awal bersama AHA Centre, TUDM dan Depoh Respons Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRD) Subang untuk mobilasi barang bantuan dari Sistem Logistik Kecemasan Bencana untuk stok serantau ASEAN (DELSA),” katanya.

Kata Nadma, kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga 1,203 mangsa yang dilaporkan terkorban dalam bencana alam itu.

“Semoga keluarga mangsa dapat menghadapi bencana ini dengan tabah. Bagi 560 orang yang dilaporkan cedera didoakan mereka segera pulih,” katanya. – BERNAMA

Tags: mencari & menyelamatNADMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir 5 Negeri Semakin Serius, Mangsa Dipindahkan Kini 8,895 Orang

Banjir 5 Negeri Semakin Serius, Mangsa Dipindahkan Kini 8,895 Orang

23/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir membabitkan lima negeri terus meningkat kepada 8,895 orang yang membabitkan 3,162 keluarga. Semua mangsa kini...

Simpanan Air Mentah Empangan Malut Di Paras Bahaya

Simpanan Air Mentah Empangan Malut Di Paras Bahaya

04/06/2024
0

Putrajaya : Empangan Malut di Kedah merupakan satu-satunya empangan yang masih menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd