• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Kebumi Lebih 1,000 Mayat, Rayu Bantuan Antarabangsa

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALU (INDONESIA) – Pasukan sukarelawan mula menggali kubur bagi mengebumikan lebih daripada 1,000 mayat, korban tsunami dan gempa bumi di Sulawesi minggu lalu dan pada masa sama, merayu bantuan antarabangsa.

Bencana alam bukan perkara asing di Indonesia dan negara itu mahu membuktikan bahawa mereka mampu menangani malapetaka berkenaan yang meragut 832 nyawa setakat ini.

Empat hari sudah berlalu dan beberapa kawasan terpencil masih tidak dapat dihubungi untuk menyalurkan bantuan, sekali gus menyukarkan kerja-kerja menyelamat berikutan jentera berat tidak dapat dibawa masuk bagi menyelamatkan mangsa, selain bekalan perubatan yang semakin berkurangan.

Senario yang semakin memburuk itu memaksa Presiden Joko Widodo membuka pintu kepada puluhan agensi bantuan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu kerja-kerja menyelamat.

‘Malam tadi Presiden Jokowi memberi kebenaran kepada kami untuk menerima bantuan antarabangsa bagi kerja-kerja menyelamat pada kadar segera,” kata pegawai kanan kerajaan, Tom Lembong di Twitter sambil meminta pihak berkenaan menghubungi beliau secara langsung di media sosial itu atau menerusi email.

Pihak berkuasa khuatir jumlah kematian akan meningkat secara mendadak untuk tempoh beberapa hari lagi dan bersedia untuk menerima kemungkinan yang lebih buruk.

Sementara itu di Poboya, sebuah kawasan berbukit berhampiran Palu, pasukan sukarelawan menggali kubur sepanjang 100 meter untuk mengebumikan semua mayat dan diarahkan supaya bersiap sedia menyemadikan 1.300 mangsa yang maut.

“Pihak berkuasa kini dalam keadaan sangat terdesak untuk mengawal jangkitan penyakit akibat keadaan mayat yang semakin mereput dan mengisytiharkan tempoh darurat selama 14 hari. – AFP

Tags: kebumi mayatmangsa gempa bumi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Restoran Sediakan Makanan, Minuman Percuma Kepada Mangsa Gempa Bumi

Restoran Sediakan Makanan, Minuman Percuma Kepada Mangsa Gempa Bumi

09/02/2023
0

ADANA – Seorang pemilik restoran kebab di wilayah Adana di selatan Turkiye membenarkan mangsa-mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi...

Orang Asli Kuala Koh: 15 Jasad Dikebumi Mengikut Cara Islam

23/06/2019
0

GUA MUSANG - Jasad 15 Orang Asli suku kaum Batek akan dikebumikan bersama dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd