• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Abai Amaran AS, Beli S-400 Dari Rusia

oleh Haris
07/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN diancam sekatan oleh Amerika Syarikat, India meneruskan pembelian sistem pertahanan terkini S-400 dari Rusia.

Dalam lawatan Presiden Rusia Vladimir Putin ke India bertemu Perdana Menteri Narendra Modi baru-baru ini, perjanjian pembelian lima unit S-400 Triumf bernilai AS$5.43 bilion ditandatangani, pada masa Washington menekan New Delhi supaya membatalkan pembelian itu.

Sistem pertahanan peluru berpandu darat ke udara itu merupakan sistem pertahanan udara tercanggih dari Rusia, berkeupayaan menembak puluham sasaran pada satu masa dari jarak hampir 400km.

Pembelian S-400 ini menambahkan ketegangan hubungan AS dengan India, sekutu pentingnya di Asia yang berguna untuk mengimbangi perluasan kuasa China.

India mempunyai sempadan darat yang panjang dengan China dan juga bersempadan dengan Pakistan dan Myanmar, dua negara sekutu kuat Beijing.

India sebelum ini didesak supaya menghentikan pembelian minyak dari Iran, satu lagi negara yang bermusuh dengan AS, tetapi India meneruskan pembelian tersebut.

India berpandangan sistem terkini ini amat diperlukan India untuk menghadapi ancaman negara sekitar terutama China dan Pakistan.

Perjanjian ini menunjukkan hubungan akrab antara India denga  Rusia sejak zaman Perang Dingin lagi.

Hubungan baik ini berterusan selepas kejatuhan komunisme hingga ke hari ini, dan semakin kukuh di bawah Putin dan Modi.

S-400 ini ialah sistem hasil naik taraf S-300, sistem canggih yang masih digunakan.

India melihat ancaman China dan Pakistan yang berkeupayaan tinggi memerlukannya memiliki S-400.

China mempunyai 1,700 buah pesawat pejuang, termasuk pesawat generasi terkini sebanyak 800 buah, manakala Pakistan mempunyai lebih 20 skuadron pesawat, yang melibatkan pesawat F-16 yang ditingkatkan dan pesawat terbaharu J-17 dari China. – Mynewshub.tv

Tags: Amerika SyarikatIndiaRusiaS-400
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd