• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Ancam Tikam Perut, Kecewa Anak Penagih Dadah

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEAUFORT – Seorang ibu cuba menikam perutnya dengan pisau selepas kecewa anaknya yang ditahan dalam Op Cegah di sebuah kampung di sini, awal pagi tadi, terbabit dalam penagihan dadah.

Op Cegah selama 5 jam bermula 12 tengah malam itu turut menahan sembilan lelaki disyaki penagih dadah berusia 20 hingga 42 tahun.

Ketua Operasi AADK Sabah, Erwan Roslan, berkata enam anggota melakukan operasi di sebuah rumah dan menahan seorang lelaki berusia 30-an, selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Ketika operasi itu, suspek terjaga dari tidur apabila menyedari kehadiran anggota AADK dan ketika suspek dibawa keluar rumah, tiba-tiba ibunya berusia 60-an mengancam untuk membunuh diri sambil berlari ke dapur rumahnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Erwan berkata, ibu suspek kemudian memegang sebilah pisau dan cuba menikam perutnya namun dihalang oleh suspek lalu meminta ibunya bertenang.

“Pada masa sama, pegawai dan anggota AADK campur tangan dengan merampas pisau dan menenangkan ibu suspek hingga keadaan terkawal.

“Ibu suspek bertindak demikian selepas kecewa anaknya itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan mengatakan rela mati kerana kecewa anaknya menagih dadah,” katanya.

Menurutnya, suspek itu antara 10 penagih dadah yang ditahan dalam Op Cegah di tiga kampung di sini dan Papar.

“Hasil ujian air kencing semua suspek positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu dan didapati dua daripada suspek masih dalam tempoh pengawasan AADK.

“Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya. – BH Online

Tags: AADKPenagih Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun...

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

06/10/2024
0

Selama : Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd