• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu 2 Anak Tak Mengaku Miliki Bahan Daesh

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ibu dua anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 61 keping gambar dan 51 video berkaitan kumpulan pengganas Daesh di dalam telefon bimbitnya, Mei lepas.

Fauziahanim Abdullah, 51, seorang suri rumah didakwa memiliki gambar dan video itu di dalam telefon bimbitnya di laluan hadapan lif Tingkat 14, Kompleks Suria Kinrara, Blok D, Taman Kinrara, Seksyen 3, Puchong di sini pukul 4.38 petang pada 9 Mei 2018.

Fauziahanim yang bertudung kelabu dan menutup mukanya dengan topeng muka didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau boleh dilucut hak mana-mana barangan tersebut, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 22 hingga 25 April 2019 untuk perbicaraan kes itu dan 14 November untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli.

Media sebelum ini melaporkan, seorang suri rumah berumur 51 tahun ditahan kerana dipercayai merancang serangan terhadap pengundi bukan Islam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Wanita itu yang ditahan di Puchong pada 9 Mei itu turut dipercayai merancang merempuh rumah ibadat menggunakan kereta yang dimuat dengan tong gas sebagai bahan letupan. – BERNAMA

Tags: DaeshWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd