• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Aksem-Rakyat Bantu Banteras Seludup

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) perlu mengambil pendekatan meningkatkan hubungan dengan orang ramai dalam usaha banteras penyeludupan di sempadan sehingga tahap maksimum.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Ismail berkata agensi itu perlu melaksana lebih banyak program untuk mendekati orang ramai supaya mereka lebih memahami peranan serta membantu badan itu dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

“Faktor ini dikenal pasti memberi kesan sangat positif terhadap usaha membanteras penyeludupan,” kata Mohamad kepada Bernama semasa ditemui pada majlis ‘paluan berundur’ sempena persaraan wajibnya mulai esok, di Kompleks Aksem Chuping di sini hari ini.

Menurut Mohamad, usaha mengatasi penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan mempunyai cabaran tertentu.

“Adalah sukar untuk menghalang kerana kawasan sempadan yang panjang manakala penyeludup sentiasa menukar modus operandi. Sebab itu kita perlu kerjasama rapat orang ramai,” katanya.

Katanya, usaha memperkasa Aksem dibuat termasuk dengan menambah anggota, peralatan seperti senjata yang sesuai, sistem pemantauan, dron dan keperluan logistik.

Dalam ucapannya, Mohamad berkata keberkesanan agensi itu boleh dinilai berdasarkan kejayaannya tahun lepas merampas barang seludup bernilai RM34.65 juta membabitkan 501 kes dan menahan 650 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Bagi tahun ini sehingga Ahad lepas, agensi itu telah merampas barang seludup bernilai RM32.85 juta membabitkan 252 kes dan menahan 529 PATI, tambahnya. – BERNAMA

Tags: AKSEMpenyeludupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nafi Terbabit Kegiatan Seludup Keluar Nur Sajat

22/09/2021
0

KANGAR - Seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bagi menafikan dakwaan dia terbabit dengan...

Aksem Di Bawah PDRM Mampu Sekat Pencerobohan Lebih Efisien

25/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Langkah meletakkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menyekat pencerobohan masuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd