Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Pahang Perkenal Karung Khas...

RAUB - Kerajaan negeri akan memperkenalkan penggunaan karung khas untuk mengangkut bauksit bagi...

Aktiviti Ekstrem Anak Kecil...

PUTRAJAYA - Tindakan ibu bapa melakukan aktiviti ekstrem bersama anak kecil membelakangkan hak...

Mahkamah Batalkan Saman Bekas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman yang difailkan...

CEO BMW Terjatuh Ketika...

KETUA Pegawai Eksekutif BMW, Harald Krueger kelihatan pitam lalu terjatuh ketika sedang memberikan ucapan sempena...

Hoki Sumbang Emas Kedua YOG

KUALA LUMPUR – Kontinjen negara di Sukan Olimpik Remaja (YOG) memberi perkhabaran gembira apabila menambah satu lagi pingat emas menerusi pasukan hoki lelaki pada hari terakhir temasya berlangsung di Buenos Aires, Argentina.

Malaysia menewaskan India dengan jaringan 4-2 untuk pingat emas kedua negara selepas pemain badminton perseorangan wanita negara Goh Jin Wei menghadiahkan emas pertama negara Sabtu lalu.

Ia adalah pencapaian paling gemilang negara di temasya itu dengan memenangi dua pingat emas dan satu perak. Pingat perak negara yang disumbangkan oleh gimnas negara Ryana Hoh sebelum ini.

Skuad hoki bawah 18 negara mempamerkan aksi memberangsangkan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menang ke atas jaguh Asia itu.

Gol skuad lima sebelah negara disumbangkan oleh Muhammad Noor Firdaus Rosdi, Mohamad Akhimullah Anuar Esook serta kapten pasukan, Muhammad Amirul Hamizan Azahar.

Bagi Amirul ia satu pencapaian yang membanggakan dan yakin pencapaian ini akan membanggakan seluruh rakyat Malaysia.


“Saya rasa seluruh rakyat Malaysia akan bangga dengan pencapaian skuad hoki negara. Kami akan meraikan kejayaan ini mungkin dengan makan coklat atau mendengar muzik,” kata Amirul.

Malaysia mula meraih pingat di YOG 2010 di Singapura menerusi penerjun negara Pandelela Rinong yang menyumbangkan dua perak.

Empat tahun kemudian di Nanjing, China, Loh Zhiayi juga dalam acara terjun menghadiahkan satu perak dan satu gangsa. – BH Online

Kategori