• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Tewas 0-1 Di Laman Sendiri

oleh
17/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Skuad Harimau Malaya tewas tipis 0-1 di laman sendiri pada perlawanan persahabatan kelas A di Stadium Hang Jebat, Krubong malam ini.

Skuad bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe bermula garang apabila melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan namun gagal menghasilkan gol sehingga akhir permainan.

Gawang gol pasukan Republik Kyrgyz diuji dengan serangan merbahaya yang dilakukan oleh penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29 dan 43 namun dua cubaan itu terkena palang.

Bagaimanapun, di babak kedua Republik Kyrgyz mendapat gol tunggal menerusi Sagynbaev Bekzhan yang menggantikan Shakirov Sherzot yang melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-68.

Cheng Hoe pula berkata menang atau gagal bukan perkara utama, apa yang lebih penting adalah pemain dapat belajar sesuatu malam ini dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

“Pada malam ini saya dapat melihat lebih banyak perkembangan positif berbanding dengan perkara negatif apabila dapat melihat perubahan dalam mutu pasukan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Beliau mengakui bahawa anak didiknya masih gagal mendapat penyudah yang baik namun melihat perkara itu sebagai satu perkara yang positif apabila berjaya mencipta beberapa peluang menguji bentang pertahanan lawan.

“Saya percaya bahawa perkara ini mampu diperbaiki pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata perlawanan malam ini berbeza daripada aksi persahabatan menentang Sri Lanka di Colombo pada 13 Okt lepas.

“Jika dilihat bahawa pemain Republik Kyrgz mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan taktikal…daripada itu kita dapat belajar sesuatu dari mereka yang boleh diterapkan bagi membaiki pasukan pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialami oleh Matthew Davies yang mengalami kecederaan pada bahagian lutut kiri ketika sesi latihan dua hari lepas, Cheng Hoe berkata pemain pertahan itu dinasihatkan berehat selama dua minggu lagi.

“Kita akan hantar Matthew buat pemeriksaan lanjut dalam masa terdekat dan saya harap beliau dapat kembali beraksi di perlawanan persahabatan ketiga menentang pasukan Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Nov nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Republik Kyrgyz Alexander Krestinin berkata Malaysia memberikan tentangan hebat kepada pasukan “helang putih” dan mereka perlu bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan tipis itu. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd