• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Selepas SST Stabil Di Sabah

oleh
11/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Harga barang selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di negeri ini direkodkan stabil berdasarkan hanya empat aduan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah sejak cukai itu dilaksana 1 Sept lepas.

Timbalan Pengarah Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Sabah, Ravichandran Vadivellu berkata aduan itu masing-masing satu di Tawau dan bakinya di Kudat.

“Setakat ini, kita lihat harga barangan di pasaran masih sama, ada juga penurunan harga dan cuma ada empat sahaja aduan kita terima bermakna harga barangan di Sabah masih stabil.

“Manakala hanya terdapat tiga pertanyaan daripada pengguna di Sabah mengenai SST iaitu satu (pertanyaan) di Kota Kinabalu dan dua di Sandakan,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya memeriksa 1,662 premis di seluruh Sabah merangkumi 49,382 barangan sehingga 9 Okt menerusi Operasi Catut 5.0.

“Sepanjang operasi catut sebanyak 8 Notis 21 dikeluarkan kepada peniaga di Sabah dengan dua di Tawau, satu di Keningau dan lima di Kota Kinabalu,” katanya lagi.

Di samping itu, Ravichandran berkata sepanjang tempoh sembilan bulan KPDNHEP telah mengambil tindakan kes ke atas 940 premis perniagaan dalam pelbagai kesalahan termasuk menjual barang tiruan serta cetak rompak.

“Daripada jumlah kes itu RM7 juta nilai rampasan dilakukan,” katanya selain RM80,300 denda dikutip bagi kes yang didakwa di mahkamah.

Sementara itu, satu perintah larangan dikeluarkan untuk pemain industri berskala besar menggunakan Gas Petrolium Cecair (LPG) 14 kilogram bersubsidi bagi tujuan perniagaan di negeri ini.

“Sebaliknya peniaga industri boleh mendapatkan bekalan gas tanpa subsidi 50kg dan perkara itu dipersetujui dalam satu mesyuarat bersama pihak pemborong, industri dobi, pihak hotel termasuk logistik diadakan hari ini,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh 30 hari bermula hari ini bakal wujud perubahan pengagihan LPG tanpa subsidi kepada sektor industri berskala besar.

“Manakala kita akan beri permit kepada pemain industri atau agensi yang membeli dan menyimpan LPG untuk kegunaan sendiri bukan untuk diniagakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harga BarangSST
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd