• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakimah Wanita Pertama Dilantik Timb. Ketua Pengarah (Dasar) Jakim

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusoff dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) yang baharu berkuat kuasa esok (15 Okt).

Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam kenyataannya berkata pelantikan Hakimah itu bagi menggantikan Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim bermula 17 Mei lalu.

“Beliau (Hakimah) adalah Pegawai Hal Ehwal Islam wanita pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut,” kata kenyataan itu.

Hakimah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya pada 1990 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia pada 2001.

Hakimah memulakan perkidmatan sebagai penjawat awam pada 1992 sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 2008 hingga 2009 sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim selama lima tahun iaitu pada 2011 hingga 2016.

“Kecemerlangan beliau (Hakimah) amat terserlah semasa menerajui bahagian hab halal sehingga pensijilan Halal Malaysia diterima di peringkat dunia.

“Pada 2016, beliau telah dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi sebagai Pengarah Bahagian Kemajuan Islam dan atas sumbangan dan pencapaian cemerlang beliau dalam perkhidmatan, maka kerajaan telah memperakukan pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jakim yang baharu,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: JakimJawatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saleem Penyanyi Unik, Sukar Dicari Ganti

Next Post

Kekosongan Jawatan Guru Besar Di 14 SJKC Di P.Pinang Diisi

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

10/10/2024
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah...

Next Post

Kekosongan Jawatan Guru Besar Di 14 SJKC Di P.Pinang Diisi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd