Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kalau Gambar Ini Di...

KALAU beginilah imej yang dipaparkan di kotak rokok, rasanya pasti ramai yang sanggup berhenti...

VIDEO: Reaksi Budak Lelaki...

SATU eksperimen sosial mengenai isu keganasan telah dilakukan oleh jurukamera Itali, Luca Lavarone terhadap...

Lejen Penjual Ubat Masjid...

SIAPA tidak kenal Khalid Salleh; aktor terbilang tanah air yang pernah memenangi anugerak Aktor...

Video: Dera Ibu Majikan,...

SEORANG pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Singapura, Murni Panengsih; 25, baru-baru ini...

Had Umur Kahwin: TPM Bentang Pada Majlis Raja-Raja

HANOI – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau telah membentangkan kepada Majlis Raja-Raja berhubung had umur perkahwinan dalam negara.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ini berikutan undang-undang bagi menetapkan had umur perkahwinan tertakluk kepada kuasa negeri.

“Saya telah membentangkan kepada Majlis Raja-Raja sebab cara pentadbiran Malaysia antara negeri-negeri dan persekutuan ada perbezaan, dan negeri-negeri juga menetapkan bahawa syarat perkahwinan tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari di Vietnam bermula semalam berkata demikian semasa mengulas mengenai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya baru-baru ini yang dilapor menetapkan had umur perkahwinan bagi orang Islam dan bukan Islam serta lelaki dan perempuan pada 18 tahun di semua negeri.

Bagaimanapun, mesyuarat itu menetapkan perkahwinan bawah 18 tahun dibolehkan, tetapi ia perlu dilakukan dengan bersebab serta mendapat kelulusan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Dr Wan Azizah berkata beliau dimaklumkan bebebapa negeri termasuk Sabah, Selangor dan Melaka telah bersetuju menaikkan had umur perkahwinan itu.

Ditanya sama ada negeri di bawah pemerintahan PAS turut akan melakukan tindakan sama, beliau berkata “kita tunggu dan lihat.”


Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah mencadangkan supaya diwujudkan sistem amaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberi maklumat awal berkenaan bencana banjir.

“Melalui sistem ini, mereka yang mungkin terlibat dengan banjir dapat berpindah awal dan tidak terkesan begitu buruk sekali,” katanya.

Katanya Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama-sama Jabatan Meteorologi boleh melihat kepada pembangunan sistem itu. – BERNAMA

Kategori