• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Umur Kahwin: TPM Bentang Pada Majlis Raja-Raja

oleh Cj Mnh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau telah membentangkan kepada Majlis Raja-Raja berhubung had umur perkahwinan dalam negara.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ini berikutan undang-undang bagi menetapkan had umur perkahwinan tertakluk kepada kuasa negeri.

“Saya telah membentangkan kepada Majlis Raja-Raja sebab cara pentadbiran Malaysia antara negeri-negeri dan persekutuan ada perbezaan, dan negeri-negeri juga menetapkan bahawa syarat perkahwinan tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari di Vietnam bermula semalam berkata demikian semasa mengulas mengenai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya baru-baru ini yang dilapor menetapkan had umur perkahwinan bagi orang Islam dan bukan Islam serta lelaki dan perempuan pada 18 tahun di semua negeri.

Bagaimanapun, mesyuarat itu menetapkan perkahwinan bawah 18 tahun dibolehkan, tetapi ia perlu dilakukan dengan bersebab serta mendapat kelulusan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Dr Wan Azizah berkata beliau dimaklumkan bebebapa negeri termasuk Sabah, Selangor dan Melaka telah bersetuju menaikkan had umur perkahwinan itu.

Ditanya sama ada negeri di bawah pemerintahan PAS turut akan melakukan tindakan sama, beliau berkata “kita tunggu dan lihat.”

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah mencadangkan supaya diwujudkan sistem amaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberi maklumat awal berkenaan bencana banjir.

“Melalui sistem ini, mereka yang mungkin terlibat dengan banjir dapat berpindah awal dan tidak terkesan begitu buruk sekali,” katanya.

Katanya Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama-sama Jabatan Meteorologi boleh melihat kepada pembangunan sistem itu. – BERNAMA

Tags: had umur perkahwinanMajlis Raja-Raja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Raja-Raja Perkenan Bentang Pindaan Perlembagaan Berkait Kewarganegaraan

Majlis Raja-Raja Perkenan Bentang Pindaan Perlembagaan Berkait Kewarganegaraan

19/07/2024
0

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan peruntukan membabitkan isu kewarganegaraan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi mesyuarat akan datang....

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd