• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Tabika Rugi RM1,850 Terperdaya Sindiket Parcel Scam

oleh
04/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Belaga dekat Bintulu menjadi mangsa terbaharu sindiket ‘Parcel Scam’ di negeri ini yang menyebabkannya kerugian RM1,850.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak Supt Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata kejadian tersebut berlaku antara 28 Ogos lalu hingga 2 Okt, bagaimanapun mangsa seorang wanita hanya membuat laporan polis semalam.

Kata beliau mangsa seorang wanita berusia 42 tahun itu dihubungi seorang lelaki melalui telefon dengan memperkenalkan diri sebagai Ben Marshall dari Scotland, United Kingdom.

“Suspek mengatakan telah mengirim bungkusan hadiah kepada mangsa dan memberitahu mangsa perlu membayar wang sebanyak RM1,850 bagi perlepasan cukai lapangan terbang. Mangsa telah terpedaya dan memasukkan wang sekali ke akaun suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mustafa Kamal berkata pihaknya turut menerima dua aduan melibatkan penipuan Macau Scam, di mana seorang mangsa mengalami kerugian RM900 manakala seorang lagi berjaya mengelak dari ditipu semalam.

Beliau berkata mangsa seorang wanita berusia 27 tahun dihubungi melalui telefon dengan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mendakwanya terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram dan pengedaran dadah.

“Berikutan itu mangsa telah buat pemindahan wang RM900 melalui Cash Deposit Machine (CDM) sebanyak dua kali,” katanya. – BERNAMA

Tags: Parcel Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelekat “Fragile” Pada Bungkusan Bukan Untuk Hiasan

Pelekat “Fragile” Pada Bungkusan Bukan Untuk Hiasan

27/02/2026
0

Satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan orang ramai apabila memaparkan seorang penghantar...

Wanita Rugi RM1.6 Juta Ditipu Love Scam

22/04/2019
0

SHAH ALAM - Seorang pengurus syarikat automobil di Shah Alam yang baharu menjalinkan hubungan selama enam bulan dengan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd