• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gopal Sri Ram Ketuai Pasukan Pendakwaan

oleh Cj Mnh
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut menyertai pasukan pendakwaan adalah Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dan Mohamad Mustafa P. Kunyalam.

Sementara itu, pasukan pembelaan Ahli Parlimen Bagan Datuk pula diketuai oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik dan disertai oleh barisan peguam yang terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Kitson Foong.

Ahmad Zahid ditahan semalam pada pukul 3.15 petang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah beliau diarahkan hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk diambil keterangan buat kali keenam.

Pertuduhan terhadapnya dibuat selepas SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Ahmad Zahid, 65, akan didakwa kira-kira 45 pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pada minggu lalu, beliau dipanggil memberi keterangan sebanyak tiga kali berturut-turut selain untuk kali pertama dan kedua pada 2 serta 3 Julai lalu.

Turut dipanggil memberikan keterangan membabitkan kes sama ialah adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi @ Hamidi serta anak sulung Ahmad Zahid iaitu Nurulhidayah. – UTUSAN ONLINE

Tags: gopal sri rampendakwaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern (James Chai) akhirnya hadir di ibu pejabat...

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

20/03/2025
0

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd