• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Sulawesi : Jambatan Palu IV Menyembah Bumi

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA PALU (Sulawesi) – Jambatan Palu IV, binaan ikonik Kota Palu yang sering menjadi tumpuan pelancong ke sini untuk melihat pemandangan indah laut biru berlatar belakang pergunungan di Sulawesi Tengah, kini hanya dapat menyajikan panorama kemusnahan akibat bencana gempa bumi dan tsunami.

Malah tragedi pada 28 Sept lepas itu mengubah keseluruhan landskap di Teluk Talise sejauh lebih lima kilometer, dengan kesan runtuhan jambatan kemegahan berwarna kuning yang dibina pada tahun 2006 bagi menghubungkan Palu Timur dan Palu Barat itu menceritakan segalanya.

Penduduk setempat, Mei Yulianita, 34, berkata teluk itu adalah tempat bermulanya ombak tsunami yang mengganas, yang kemudian mengakibatkan banyak kematian.

“Kejadian itu berlaku waktu petang. Teluk ini sahaja dari Monumen Anjungan Nusantara Palu di bahagian timur hingga ke Palu Grand Mall di utara jaraknya lebih lima kilometer. Airnya datang sangat laju hingga menolak semua yang ada di depannya, ramai menjerit dan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tapak runtuhan jambatan itu.

Mei berkata kejadian berlaku semasa beliau sedang membersihkan sebuah bilik di tingkat empat sebuah hotel di pesisir Pantai Talise.

“Saya bersyukur kerana hotel tempat saya bekerja, tidak runtuh, cuma mengalami kerosakan yang teruk pada bahagian kiri, kalau tidak saya juga mati. Penduduk di sini majoritinya menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan, seakan-akan ‘patah kaki’ apabila gerai makan, hotel dan rumah tumpangan mereka musnah sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, ketika ombak membadai teluk itu, terdapat satu pesta keramaian yang besar iaitu Festival Pesona Palu Nomoni (FPPN), yang merupakan acara tahunan bandar itu yang memasuki tahun ketiga penganjurannya, dari 28 hingga 30 Sept lepas.

“Kesemua mereka yang menyertai festival itu maut ‘disapu’ tsunami. Pelancong asing antara jumlah korban tertinggi di sini. FPPN ini diadakan untuk mengembalikan budaya yang telah ditinggalkan berpuluh tahun dahulu, dengan acara kemuncaknya ialah membuat satu ritual adat Suku Kaili dari adat Balia iaitu Pompoura,” katanya.

Mei berkata Pompoura dilakukan dengan memijak-mijak bara api dan masyarakat setempat percaya ia mampu mengusir penyakit.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah meningkat kepada 1,571 orang setakat 6 petang, Jumaat. – BERNAMA

Tags: gempa bumipenduduk Sulawesi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd