• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farahanne Pelajar KDM Pertama Wakili Negara Ke China

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Farahanne Beaty, 13, melakar sejarah sebagai pelajar daripada kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) yang pertama terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan National Kids Talent Search (NKTS) di Shandong, China pada 26 Nov ini.

Guru nyanyiannya Chung Fui Sen berkata penyertaan anak muridnya itu disifatkan sebagai sangat luar biasa kerana seorang yang bukan berketurunan Cina bakal bertanding menyanyikan lagu berbahasa Mandarin pada pertandingan berprestij anjuran China Hunan Satellite TV itu, yang sering meraih jutaan penonton di seluruh dunia.

Katanya, bakat pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah (SM) Ken Hwa Keningau itu dicungkil menerusi pertandingan menyanyi NKTS International Youth Culture and Art Awards 2018 di Kuala Lumpur pada Jun lepas yang mana Farahanne dinobatkan sebagai ‘New Star Malaysia’ untuk melayakkannya bertanding di China.

Lagu bahasa Mandarin bertajuk ‘Wo Xiang You Ge Jia’ (‘Saya Harap Ada Keluarga Yang Sempurna’) (‘I Want To Get A Home’) yang dipopularkan oleh penyanyi asal Eagle Pan Mei Chen dari Taiwan memberi tuah kepada Farahanne untuk terbang ke China bagi cabaran peringkat akhir.

“Farahanne telah mempersembahkan kebolehannya dan menggunakan bakat dengan semaksimumnya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Chung menyifatkan anak muridnya itu sebagai seorang pelajar yang genius dan mampu menghafal lirik sesebuah lagu dalam hanya beberapa minit.

“Keputusan pelajarannya juga sangat baik dan Farahanne bijak mengatur masa untuk aktiviti menyanyi, belajar dan kegiatan ko-kurikulum,” tambahnya.

Katanya Farahanne pernah mewakili Malaysia ke pertandingan nyanyian Bakat Seluruh China di Beijing pada 2017, dan berjaya menggondol pingat emas dengan mengalahkan 200 peserta lain dari seluruh dunia. – BERNAMA

Tags: pelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd