• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ethiopia Lancar Penerbangan Komersil Pertama Ke Somalia

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOGADISHU – Sebuah syarikat penerbangan Ethipia semalam membuat penerbangan komersil pertama antara Addis Ababa dan Mogadishu dalam tempoh 41 tahun, satu petunjuk jelas terhadap hubungan yang semakin membaik antara dua negara di Tanduk Afrika itu, Ethiopia dan Somalia.

Pesawat dari syarikat penerbangan swasta Ethiopia National Airways itu mendarat di lapangan terbang Aden Adde di Mogadishu dan akan melakukan empat penerbangan setiap minggu.

“Ia adalah hari bersejarah buat kami untuk melancarkan penerbangan terus antara Addis Ababa dan Mogadishu. Ia bukan mudah, kami sudah mencuba banyak kali, dan akhirnya berjaya hari ini,” kata pemilik syarikat penerbangan terbabit, Abera Lemi di majlis pelancaran penerbangan itu di ibu negara.

Ethiopian Airlines pada Julai lalu melancarkan penerbangan perdana antara Addis Ababa dan Eritrea sejak dua dekad lalu, sebagai sebahagian daripada proses keamanan antara dua negara selepas konflik berdarah dan perang saudara berpanjangan.

Proses damai diketuai Perdana Menteri Abiy Ahmed itu turut diikuti oleh beberapa hubungan diplomasi di rantau berkenaan, termasuk antara Somalia dan Eritrea yang memperbaiki hubungan masing-masing serta mengakhiri ketegangan antara Djibouti dan Eritrea.

Pada Jun lalu Abiy mengadakan lawatan ke Mogadishu dan memeterai persetujuan bersama Presiden Mohamed Abdullahi Mohamed di Somalia untuk mengukuhkan hubungan bilateral kedua negara.

Somalia dan Ethiopia sebelum ini terbabit dalam beberapa siri peperangan bagi merebut pemilikan ke atas wilayah.

Pada 2006, Ethiopia menghantar pasukan ke Somalia bagi memerangi Kesatuan Islamik yang menguasai sebahagian besar negara itu termasuk Mogadishu. – AFP/BH ONLINE

Tags: EthiopiaSomalia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadual Padat Hari Kedua Lawatan PM Anwar Ke Ethiopia, Hadir Forum Perniagaan Dan Pertemuan Dua Hala

Jadual Padat Hari Kedua Lawatan PM Anwar Ke Ethiopia, Hadir Forum Perniagaan Dan Pertemuan Dua Hala

19/11/2025
0

ADDIS ABABA: Tidak seperti segala kekecohan di tanah air mengenai penggunaan pesawat sewaan untuk membawa delegasi Malaysia diketuai Datuk Seri...

Lebih 60 Maut Nahas Jalan Raya Di Ethiopia

Lebih 60 Maut Nahas Jalan Raya Di Ethiopia

30/12/2024
0

ADDIS ABABA - Lebih 60 orang maut pada Ahad dalam satu kemalangan jalan raya di wilayah Sidama, selatan Ethiopia, apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd