• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCom Tahan 22 PATI Di Lahad Datu

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi bersepadu selama enam jam di sini pada Selasa.

Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata kesemua mereka adalah daripada 118 individu yang diperiksa bermula pukul 8 malam di empat lokasi iaitu kawasan Fun Fair Lahad Datu, rumah kongsi pekerja di Kampung Puyut dan Agaseh serta Pasar Rakyat di sini.

“Dua puluh dua individu ditahan terdiri daripada 15 lelaki serta seorang wanita warga Filipina dan empat lelaki serta dua wanita warga Indonesia.

“Kesemua mereka berumur antara 17 hingga 55 tahun dan ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen sah serta memiliki pas yang tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan 73 pegawai dan anggota daripada Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD)

Pada operasi itu, JPJ turut mengeluarkan tujuh notis kepada pemandu yang mempunyai kesalahan iaitu empat notis kerana tidak memiliki lesen memandu, dua notis memasang cermin gelap serta satu kesalahan gagal menampal pelekat P pada kenderaan dipandu.

Pada masa sama, MDLD turut mengeluarkan empat notis kompaun kepada peniaga yang menyalahi undang-undang, di samping turut merampas 150 unit minuman ringan, 500 unit makanan ringan dan 70 kilogram buah-buahan pelbagai jenis. – BERNAMA

Tags: EsscomPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd