• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Anggota Bomba Yang Maut Disolatkan Di Balai

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Enam jenazah anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana malam tadi, disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 di sini kira-kira pukul 9 pagi ini.

Lebih 500 ahli keluarga, pegawai dan anggota bomba serta kenalan rapat hadir untuk bersama-sama menunaikan sembahyang jenazah.

Yang turut sama menunaikan sembahyang jenazah ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohamad Hamdan Wahid, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Mohammad Mentek, bekas menteri KPKT Tan Sri Noh Omar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sembahyang jenazah itu diimamkan oleh Penguasa Bomba Unit Agama Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Luqman Ramli.

Terdahulu, kesemua jenazah itu tiba di balai bomba kira-kira pukul 8.40 pagi dari Hospital Serdang.

Sementara itu, Mohamad Hamdan dalam ucapannya melahirkan rasa sedih berhubung kejadian yang menimpa enam anggota bomba berkenaan.

Beliau berkata kehilangan enam anggota bomba itu turut dirasai oleh semua warga JBPM dan pihaknya turut merakamkan penghargaan di atas khidmat bakti yang telah disumbangkan oleh kesemua anggota berkenaan sepanjang perkhidmatan mereka.

“Saya mewakili keluarga anggota bomba ini juga memohon maaf atas perbuatan mereka sama ada disengajakan atau tidak.

” Kita berharap urusan pengkebumian mangsa selepas ini akan berjalan lancar dan sempurna… jenazah ini akan dihantar ke kampung halaman masing-masing dan urusan pengkebumian itu akan diuruskan oleh jabatan bomba peringkat negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd