• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi SAR

oleh
04/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Pengarah JPBM Selangor Azmi Osman berkata kesemua anggota berkenaan dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau berkata kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke darat sebelum pasukan perubatan yang berada di lokasi membuat resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal.

“Kesemua enam pegawai bomba disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Katanya dua anggota terbabit adalah daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat lagi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Azmi bagaimanapun berkata remaja yang terjatuh ke dalam lombong berkenaan masih belum dijumpai.

Terdahulu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong berkenaan ketika memancing bersama dua lagi rakannya.

Komander Operasi JBPM daripada Balai Bomba Cyberjaya, Roslan Long, sebelum ini dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mereka sedang melakukan persiapan untuk memancing apabila mangsa remaja lelaki itu terjatuh ke dalam lombong tersebut.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.19 petang sebelum lapan pegawai dan anggota sampai di lokasi 30 minit kemudian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd