Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Produk Tamat Tempoh Dijual...

LABUAN - Sebuah pasar raya besar dan kedai coklat di sini didapati masih...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip...

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat...

Gangguan Sistem KLIA, 8...

SEPANG - Polis telah mengambil keterangan lapan individu berhubung siasatan kes gangguan rangkaian...

Kerajaan Negeri Pertimbang Ambil...

MELAKA - Kerajaan negeri akan mempertimbang sama ada mengambil alih semula pengurusan atau...

Edar Dadah: 2 Beradik Terselamat Hukuman Gantung

GEORGE TOWN – Dua beradik terselamat daripada hukuman gantung mandatori selepas Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap B.Gopi dan adiknya B.Sasitharan, di akhir kes pendakwaan.

Ahmad Shahrir ketika membuat keputusan itu berkata pihak mahkamah telah menolak permohonan pihak pendakwaan yang ingin memasukkan rakaman empat saksi yang gagal dikesan.

“Permohonan pendakwaan ini ditolak kerana langkah-langkah untuk mengesan saksi ini hanya dibuat di peringkat sambung bicara kes ini . Kenyataan rakaman percakapan empat saksi ini tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah,”katanya.

Selain itu Ahmad Sahrir berkata pendakwaan dalam kes tersebut juga tidak bergantung kepada soal siasat polis sebaliknya mengggunakan situasi dimana tertuduh pertama (Gopi) membawa polis ke kereta dan memberikan dadah yang terdapat di dalam kereta terbabit.

“Pemilik kereta juga tidak dipanggil dalam kes ini. Mahkamah tidak boleh mengganggap apa-apa dalam kereta itu milik tertuduh kerana kemungkinan ia milik pemilik kereta atau pengguna lain.

“Berdasarkan carian Jabatan Pengangkutan Jalan juga mendapati kereta tersebut berwarna biru tetapi kereta yang dibawa ke mahkamah berwarna kelabu. Pendakwa Raya juga tidak menerangkan berkenaan perbezaan warna kereta tersebut, “katanya.


Gopi,32, dan Sasitharan,25, didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphinnes seberat 70.87 gram serta 42.12 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menerusi Seksyen 39B(2) akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung atau dipenjara seumur hidup, dan dikenakan sebat tidak kurang daripada 15 sebatan sekiranya tidak dihukum gantung.

Gopi yang tidak bekerja itu dan Sasi yang merupakan kelindan lori turut didakwa memiliki memiliki 6.35 gram syabu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No 27, Lorong Kijang 25, Taman Seri Kijang , Bukit Mertajam di sini pada jam 5 petang , 1 Ogos 2014.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khalid Ab Karim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hussaini Abdul Rashid. – BERNAMA

Kategori