• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Durakovic Mahu Piala Malaysia Buat Kali Ke-6

oleh
26/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mahu merangkul Piala Malaysia buat kali keenam apabila pasukannya bertemu Terengganu FC (TFC) di perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.

Warga Australia berusia 53 tahun itu memenangi Piala Malaysia bersama Selangor tiga tahun berturut-turut sebagai pemain – 1995, 1996 dan 1997 serta dua kali sebagai jurulatih pada tahun 2014 dan 2015.

“Pasukan ini adalah pasukan baru kecuali pemain import kami, Leandro yang memenangi Piala Malaysia pada tahun 2015 di bawah bimbingan saya di Selangor.

“Bermain di Stadium Shah Alam akan sentiasa menjadi kenangan hebat buat saya sebagai jurulatih dan pemain dan diharapkan saya akan mempunyai perasaan sama apabila kita bermain esok,” katanya pada sidang akhbar sebelum perlawanan di Shah Stadium Alam, di sini, hari ini.

Bagaimanapun Durakovic tetap berhati-hati dengan saingan TFC atau skuad penyu yang pada masa ini bersemangat tinggi untuk menamatkan kemarau selama 17 tahun untuk meraih Piala Malaysia yang mereka menang kali terakhir pada 2001.

Dalam pada itu, Ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim mengakui pemainnya amat bersemangat untuk beraksi esok memandangkan sebahagian besar mereka tidak pernah bermain pada aksi final Piala Malaysia, sambil menambah kesemua pemain bebas daripada sebarang kecederaan.

“Saya lihat mereka amat bersemangat untuk menghadapi Perak memandangkan hampir kesemua mereka adalah pemain muda yang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk menjulang Piala Malaysia.

“Saya menyifatkan ini adalah aksi final kedua yang cukup mencabar untuk pasukan kita setelah kita berjaya menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim pada aksi separuh akhir sebelum ini,” jelas pengendali berusia 67 tahun itu yang menyifatkan kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk memenangi Piala Malaysia.

Untuk rekod, Perak dan Terengganu pernah bertemu sebanyak dua kali pada aksi final Piala Malaysia pada 1998 dan 2001, dengan kedua-duanya diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perak muncul juara pada edisi 1998 menerusi kemenangan 5-3 pada aksi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi penuh perlawanan.

Terengganu muncul juara pada edisi 2001 setelah mengatasi Perak 2-1 pada aksi final. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

09/04/2026
0

JDT nampaknya sekali lagi 'buat benda yang sama' layak ke final Piala Malaysia untuk kali keenam berturut-turut sejak 2019. Penampilan...

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti menempah tiket ke pentas akhir Piala Malaysia 2025/26 selepas membelasah Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd