Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Video: Stesen Minyak Di...

BAGAIKAN tiada henti dengan musibah, Johor sekali lagi menerima berita buruk apabila sebuah...

Khairy Harap Harimau Malaysia...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap pasukan bola sepak kebangsaan...

Rundingan Damai: Putin Mahu...

ANKARA : Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan harapan untuk bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr...

AL-FATIHAH: Zaibo Meninggal Dunia

PETALING JAYA - Selepas enam bulan menyedari hidupnya menderita akibat kanser esofagos pelakon...

2 Rakyat Asing Maut Nahas Di Gua Musang

GUA MUSANG – Dua rakyat asing maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 18 Jalan Gua Musang-Lojing di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Master Sulaibeeb Abdullah, warganegara Thailand manakala rakannya, seorang warganegara India yang belum diperoleh identiti, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan.

Beliau berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang merempuh kedua-dua mangsa dikenali sebagai Tahir Dada, 32, yang beralamat di Kampung Kundur di sini, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalan dari Kampung Kuala Betis ke pekan Gua Musang dan sebaik tiba di lokasi, penunggang motosikal tiba-tiba membelok ke kanan untuk memasuki simpang jalan kampung sebelum dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda tersebut.

“Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terseret kira-kira 20 meter dari tempat kejadian bersama-sama motosikal yang ditunggang mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Taufik berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda itu mempunyai lesen memandu yang tamat tempoh sejak setahun lalu, bagaimanapun ujian saringan dadah mendapati dia negatif dadah.


Beliau berkata kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada kedutaan masing-masing untuk dihantar ke negara asal mereka.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori