• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kanak-Kanak Diserang Pesakit Mental

oleh
27/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Dua kanak-kanak diserang seorang wanita dipercayai pesakit mental, termasuk rambut ditarik hingga tercabut dan ditendang, di sebuah pasar raya di sini, kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, Zairi Yusoh, 36, berkata beliau membawa anaknya, Nur Damia Qistina, 5, dan anak saudara, Nur Elisya Zaidi, 2, ke premis terbabit untuk membeli barang dapur pada jam 5.15 petang.

“Sebaik tiba di pasar raya, saya makan di medan selera dan membiarkan anak serta anak saudara bermain di bahagian permainan elektronik. Ketika sedang makan, saya terkejut mendengar jeritan Nur Damia.

“Saya bergegas ke sana dan mendapati seorang wanita tidak dikenali sedang menerkam mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Condong, Juasseh Tengah, di sini, hari ini.

Zairi berkata, beliau segera cuba meleraikan tetapi wanita terbabit menarik segenggam rambut anaknya sehingga tercabut dan berlaku pergelutan.

“Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit menendang perut anak saudara saya menyebabkan orang ramai datang membantu,” katanya.

Zairi berkata, beliau difahamkan wanita berusia 20-an itu pesakit mental, namun yang dikesalkan ialah bapanya turut berada di medan selera terbabit.

“Sebagai bapa, lelaki berkenaan sepatut memantau pergerakan anaknya itu, tambahan pula tahu dia pesakit mental. Lebih dikesalkan, lelaki itu tidak meminta maaf biarpun menyaksikan kejadian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu kemudian ditahan polis susulan panggilan oleh orang awam, manakala dirinya turut membuat laporan di Balai Polis Melang, di sini, pada jam 6.18 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan menerima laporan dan wanita terbabit diserahkan kepada pihak Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) selepas ditahan.

“Kertas siasatan bagaimanapun tidak dibuka kerana suspek adalah pesakit mental,” katanya ketika dihubungi NSTP. – BH Online

Tags: Pesakit Mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan

Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan

19/11/2024
0

Iskandar Puteri : Lelaki tempatan yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental ditahan selepas didapati menyerang dan memukul dua anggota polis...

Lelaki Ditikam Pesakit Stabil, Selesai Pembedahan

Lelaki Ditikam Pesakit Stabil, Selesai Pembedahan

15/02/2023
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang cedera ditikam pesakit mental di Hospital Selayang semalam kini stabil selepas menjalani pembedahan di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd