• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Jadi Mangsa Macau Scam, Parcel Scam

oleh
13/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis menerima dua laporan berkaitan penipuan ‘Macau Scam’ semalam, membabitkan seorang mangsa tertipu, manakala seorang lagi berjaya mengelak daripada ditipu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak Supt Mustafa Kamal berkata mangsa yang tertipu ialah seorang pesara Pos Malaysia berusia 64 tahun dan berasal dari Kuching, yang kerugian RM2,998.74.

Menurut Mustapha mangsa menerima panggilan telefon daripada nombor talian 03-92125972 semalam, daripada individu yang mengaku dirinya pegawai sebuah bank bernama Khoo, lalu memberitahu kononnya kad Visa mangsa telah digunakan di sebuah bank lain di Puchong, Selangor, menyebabkan mangsa kononnya kehilangan wang sebanyak RM6,000.

“Suspek kemudian meminta mangsa datang ke sebuah bank di Saradise, BDC, Kuching dan mengarah mangsa menukar nombor pin kad banknya, arahan yang dipatuhi oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Setelah mangsa membuat semakan barulah dia menyedari suspek telah membuat pemindahan wang daripada akaun mangsa ke akaun suspek membabitkan wang sebanyak RM2,998.74.

Mangsa yang berjaya mengelak dirinya ditipu ialah seorang lelaki Iban berusia 24 tahun dan berasal dari Bintulu, kata Mustapha.

Sementara itu, seorang wanita berusia 27 tahun yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Sibu melaporkan kepada polis bahawa dia kerugian RM5,000 dalam kes Parcel Scam semalam. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd