• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Xavier Yakin Peluang Cerah Untuk Menang

oleh
21/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Calon Ketua Cabang PKR Kuala Langat, Dr A. Xavier Jayakumar yakin mempunyai peluang cerah memenangi jawatan ketua cabang itu yang ditandinginya buat pertama kali.

Dr Xavier yang juga merupakan Anggota Parlimen Kuala Langat berkata beliau menyerahkan segala keputusan kepada pengundi untuk memilih dirinya mengepalai jentera parti cabang berkenaan dan yakin ramai akan memilih dirinya demi perjuangan parti.

“Orang mahu pilih atau tidak, itu terpulang tetapi sebagai Anggota Parlimen, ramai mahu mengikut saya.

“Ada kira-kira 15,000 anggota PKR Cabang Kuala Langat layak mengundi hari ini tetapi jumlah yang akan mengundi hari ini, tidak dapat dijangka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Xavier yang turut bertanding untuk jawatan Naib Presiden PKR tiba kira di perkarangan Dewan Seri Jugra pada kira-kira pukul 10.40 pagi untuk meninjau perjalanan mengundi.

Sementara itu, berlaku kesesakan di dewan berkenaan berikutan kehadiran pengundi yang ramai selain pintu dewan yang lambat dibuka.

Ada antara pengundi mengeluh kerana terpaksa beratur lama malah ada segelintir pengundi cuba membuat provokasi dengan melaungkan perkataan rempuh.

Bagaimanapun, keadaan terkawal selepas ditenangkan oleh petugas.

Cabang Kuala Langat mempunyai seramai 14,121 anggota yang layak mengundi untuk pemilihan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Dr Xavier JayakumarPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd