• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Xavier Optimis Menang Naib Presiden PKR

oleh Cj Mnh
25/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Calon Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar yakin akan terus mempertahankan jawatan disandangnya itu walaupun terdapat cubaan jahat untuk menjatuhkannya.

Beliau berkata, keyakinannya itu disebabkan dirinya adalah orang lama yang memahami misi dan visi parti serta terbabit dalam reformasi sejak penubuhan parti pada 1998.

“Saya optimis akan menang, saya orang lama dan dikenali dalam parti (PKR), walaupun ada tuduhan jahat terhadap saya, ia tiada kesan untuk saya pada pemilihan parti ini.

“Saya tidak pasti muka lama atau muka baharu dalam PKR yang cuba membuat tuduhan jahat ini tetapi saya dukacita dengan cara ini kerana saya langsung tidak dimaklumkan mengenai bantahan yang dibuat,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli PKR di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan, jawatankuasa disiplin parti memberi amaran kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu serta dua Ahli Parlimen yang menjadi calon dalam pemilihan parti berdasarkan aduan yang dibuat terhadap mereka.

Selain Dr Xavier, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui turut dikatakan menerima amaran.

Dr Xavier berkata, beliau tidak menerima sebarang surat amaran daripada Jawatankuasa Aduan, Rayuan dan Disiplin parti sebagaimana yang dilaporkan.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menerima sebarang surat menyatakan mengenai perkara itu (bantahan).

“Saya percaya, tindakan ini dilakukan oleh sesetengah pihak yang menggunakan taktik kotor untuk memburukkan nama dan imej saya, lebih-lebih lagi dengan kedudukan terkini saya yang agak positif ke arah pemilihan untuk jawatan naib presiden,” katanya.

Ketika ini, Dr Xavier berada di kedudukan ketiga bagi persaingan jawatan Naib Presiden di belakang pendahulu iaitu Nurul Izzah Anwar dan Zuraida Kamaruddin.

Menurut Xavier, beliau berharap akan diberikan kepercayaan oleh ahli di tiga lagi negeri yang akan mengadakan pemilihan pada hujung minggu ini iaitu di Kedah, Perak dan Selangor. – BH Online

Tags: Dr Xavier JayakumarPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd