• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tiba Di Bangkok Untuk Lawatan 2 Hari

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok hari ini untuk memulakan lawatan dua hari ke Thailand.

Beliau yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mempunyai jadual lawatan ketat hari ini dan esok.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Dr Mahathir ke Thailand sejak kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh selepas parti gabungan Pakatan Harapan (PH) pimpinan beliau memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas.

Semasa tempoh pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003, beliau telah melakukan lima kali lawatan rasmi ke Thailand dengan terakhir pada 2003 untuk menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok.

Petang ini, Perdana Menteri berusia 93 tahun itu akan diberi sambutan ketibaan rasmi di Government House diikuti dengan pertemuan dua hala terhad dengan rakan sejawatan beliau Gen Prayut Chan-o-cha di tempat sama.

Kedua-dua pemimpin akan mengadakan sidang media bersama selepas pertemuan dua hala itu, di mana mereka dijangka akan mengeluarkan kenyataan bersama.

Sementara itu, isteri Prayut, Naraporn Chan-o-cha akan meraikan Dr Siti Hasmah pada majlis berasingan di Phitsanulok Mansion, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Thai itu.

Pada malamnya pula, Prayut akan meraikan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah pada jamuan malam di Government House, yang juga menempatkan pejabat Perdana Menteri Thai dan para anggota kabinetnya.

Pagi esok, Perdana Menteri dijadual menerima kunjungan hormat pengerusi sebuah daripada syarikat konglomerat terkemuka Thailand, TCC Group, Tan Sri Charoen Sirivadhanabhakdi.

Kemudian beliau akan menghadiri mesyuarat bersama Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand.

Sejurus sebelum tengah hari, Dr Mahathir dijadual bertemu sahabat lama beliau, Gen Prem Tinsulanonda yang juga bekas Perdana Menteri Thailand dari 1980 hingga 1988 di kediaman rasmi Prem di Si Sao Thewes, Bangkok.

Bekas Perdana Menteri Thai berusia 98 tahun itu kini adalah Presiden Privy Council, sebuah badan penasihat kepada Raja Maha Vajiralongkorn.

Pada sebelah tengah hari, Perdana Menteri akan menghadiri jamuan tengah hari dengan rakyat Malaysia yang menetap di Thailand.

Perdana Menteri juga akan bertemu media Malaysia sebelum ke Chulalongkorn University untuk menghadiri satu majlis ASEAN. Thailand akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.

Dr Mahathir akan menyampaikan ucapan bertajuk “Hubungan Dua Hala Malaysia-Thailand Dalam Konteks ASEAN”, sebelum mengakhiri lawatan beliau ke Thailand dan pulang ke tanah air. – BERNAMA

Tags: ThailandTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd